Monday, 24 November 2014

Makanan Punca Jantung Anda Tersumbat


MAKANAN PUNCA JANTUNG TERSUMBAT



Baru-baru ini seorang rakan saya bertanya saya kenapakah sahabatnya yang berhenti merokok di dapati menghadapi masalah jantung tersumbat. Pertanyaan itu seolah-olah menyatakan bahawa disebabkan berhenti merokok maka jantung akan tersumbat.

Hakikat sebenarnya punca saluran darah di jantung tersumbat adalah kerana pemakanan yang salah. Merokok juga boleh menyebabkan masalah penyakit jantung dan dengan berhenti merokok boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Tetapi ramai perokok yang berhenti merokok memilih untuk makan secara tidak sihat yang akan akhirnya menyebabkan masalah yang sama. Apabila seseorang baru berhenti merokok memang akan berlaku masalah selera makan yang tinggi dan susah dikawal.

Oleh kerana itu, amat penting untuk kita faham tentang jenis-jenis makanan yang boleh menyebabkan saluran darah jantung tersumbat.
1.      Makanan yang kaya dengan gula dan manis adalah diantara punca berlakunya penyumbatan pada saluran darah jantung. Gula yang didalam makanan kita akan membentuk bahan yang dipanggil AGE (Advance Glycation Endproducts) yang boleh menyebabkan masalah inflammasi atau  kebengkakan (inflammation) yang dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung dan kencing manis.
Gula juga menyebabkan peningkatan paras kolesterol dalam darah yang menyebabkan saluran darah tersumbat akibat kolesterol berlebihan. Gula juga meningkatkan paras kolesterol ‘trigliserida’ yang boleh menjadi punca saluran darah mengalami masalah inflammasi dan pembentukan plak kolesterol dengan lebih cepat dan menyebabkan masalah saluran darah jantung tersumbat.
AGE ini juga menjadi punca kepada masalah atherosclerosis iaitu saluran darah menjadi keras akibat pemendapan kolesterol pada dindingnya. Apabila saluran darah menjadi keras maka ia akan menyebabkan pembentukan ‘plak kolesterol’ yang akan menyebabkan saluran darah menjadi tersumbat. Makanan yang kaya dengan AGE ini adalah makanan yang bergula tinggi dan juga makanan yang digoreng dengan minyak yang panas dan juga makanan digoreng ‘dalam’ (deep frying). Proses ‘grilling’ atau membakar dengan api sehingga berkerak hitam seperti barbeque dan satey juga menghasilkan AGE secara berlebihan. Menurut kajian, secara umumnya makanan yang berprotein tinggi dan berlemak tinggi apabila dimasak dengan suhu yang tinggi akan menghasilkan lebih banyak AGE. 

Untuk mengurangkan AGE dalam makanan, maka proses masak secara kukus, rebus, sup, masak berkuah (stewed) adalah lebih baik.

2.      Makanan yang digoreng dengan minyak yang banyak dan suhu yang tinggi (deep fried) food adalah diantara makanan yang boleh menyebabkan saluran darah tersumbat. Bukan hanya kerana kandungan AGE yang tinggi tetapi proses menggoreng itu menyebabkan komposisi biokimia makanan itu berubah. Apabila makanan berkolesterol digoreng, maka kolesterol akan bertindak dengan oksigen dalam minyak menghasilkan oxicholesterol iaitu kolesterol yang teroksida. Ianya lebih mudah menyumbatkan saluran darah. Proses menggoreng juga akan meningkatkan radikal bebas dalam makanan tersebut dan menyebabkan kerosakan sel-sel didinding saluran darah yang akhirnya memudahkan pembentukan plak kolesterol yang akan menyumbatkan saluran darah dijantung. 

3.      Makanan yang kaya dengan ‘lemak trans’ yang boleh menyebabkan saluran darah dijantung tersumbat. Menurut kajian Nurses’ Heart Study lemak trans ini lebih merbahaya dari lemak tepu dari haiwan dan ianya meningkatkan risiko sakit jantung dua kali ganda. Contoh makanan yang kaya dengan lemak trans ini adalah marjerin, biskut, jajan, kerepek kentang, popcorn, muffin, kek, pastri, mee segera dan pelbagai lagi makanan proses yang berlambak dipasaran sekarang. Kajian mendapati peningkatan paras kolesterol jahat LDL dalam darah dengan pengambilan makanan yang tinggi dengan lemak trans ini.

Dalam satu kajian oleh Prof Robert Vogel dalam tahun 1997 di University of Maryland School of Medicinemenunjukkan makanan segera (Fast Food) seperti berger, hotdog, kentang goreng, ayam goreng, pizza, ‘hash brown’, nugget dan sebagainya juga mengandungi lemak trans ini yang boleh menyebabkan saluran darah dijantung tersumbat.

4.      Makanan yang kaya dengan lemak tepu seperti daging lembu, daging kambing, minyak sapi juga menjadi punca kepada masalah saluran jantung tersumbat. Makan makanan yang mengandungi lemak tepu secara berlebihan akan menyebabkan peningkatan kolesterol LDL dan menurunkan paras kolesterol baik HDL. Ia juga menyebabkan berlakunya inflamasi pada dinding saluran darah yang menyebabkan berlaku pemendapan kolesterol disitu yang dipanggil sebagai atherosclerosis yang menyebabkan saluran darah menjadi keras. Proses inflamasi ini akan menyebabkan interaksi kompleks diantara kolesterol LDL, platelet, kalsium dan sel-sel inflammasi berkumpul pada dinding saluran darah dan membentuk ‘plak kolesterol’ dan ini akan menyumbatkan saluran darah tersebut.


5.      Kajian juga mendapati makanan yang tinggi dengan garam sodium atau natrium seperti garam biasa dan serbuk perasa (MSG) juga boleh menyebabkan saluran darah tersumbat. Sodium yang berlebihan akan menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan ini akan menyebabkan tekanan darah meningkat. Apabila tekanan darah meningkat keadaan ini dipanggil sebagai Darah Tinggi (Hypertension). Seseorang yang mengalami masalah Darah Tinggi lebih mudah mendapat masalah plak kolesterol yang menyumbatkan saluran darah.

Kajian oleh American Heart Association(AHA)  mendapati mengawal penggunaan garam dan mengurangkan risiko saluran darah tersumbat. AHA mencadangkan had limit untuk pengambilan garam  adalah 2400mg sehari sahaja. Makanan segera seperti kentang goreng, ayam goreng, berger, nugget, mee segera dan sebagainya yang ada dalam pasaran sekarang mengandungi kadar garam yang amat tinggi begitu juga makanan kering seperti ikan masin dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya, makanan proses, makanan bergoreng, makanan segera, makanan yang mengandungi lemak trans, makanan yang kaya dengan gula dan garam adalah punca kepada masalah kolesterol yang merbahaya dan boleh menyumbat saluran darah jantung.


Sumber : blog Dr Norman










Sunday, 23 November 2014

SHAKLEE : Jerawat dan Jeragat Hitam Menghantuiku



Tips Hilangkan Jeragat dan Jerawat




Apa itu Jeragat?

Jeragat atau hyperpigmentation atau nama medikalnya Melasma adalah masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia.

Jeragat akan menyebabkan keadaan kulit bertompok coklat atau hitam di muka. Ia mungkin akan kelihatan pada pipi, dahi, dagu dan juga disekitar hidung. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan



Mari kita kaji, kenapa melasma (jeragat) boleh terjadi?
1.    Kerap berada di bawah cahaya matahari terik (UV matahari)
2.    Ketidakseimbangan hormon disebabkan mengandung/menopaus ataupun ambil pil perancang
3.    Penggunaan makeup, kosmetik atau rawatan kulit yang tidak sesuai
4.    Faktor keturunan.
"Faktor keturunan biasanya disebabkan oleh hiper cheratosis iaitu sel dalam liang
yang menghasilkan lebih banyak sel berbanding biasa”
5.    Stress atau tidak cukup tidur  


Apa itu jerawat?
Jerawat adalah sejenis penyakit kronik yang mengganggu kelenjar-kelenjar Sebaceous iaitu kelenjar yang terdapat di dalam kulit dan mengeluarkan sebum atau minyak untuk meliputi permukaan kulit manusia. Masalah jerawat boleh dilihat apabila muka, leher, dada atau belakang seseorang itu mula kelihatan bengkak-bengkak kecil yang kemerah-merahan, kehitaman ataupun bonjolan merah dan mula berisi nanah selang beberapa hari kemudian.

Jerawat akan mula keluar apabila berlaku sekatan pada liang roma kulit. Bagi mengelakkan berlakunya masalah jerawat, kita perlu pertama sekali faham bagaimana sekatan ke atas liang roma kulit ini berlaku, bagaimana jerawat boleh membentuk serta rawatan-rawatan yang boleh dijalankan untuk mengelakkannya dari tumbuh, bagaimana mengurangkan serta menghilangkan jerawat tersebut.

Umumnya, masalah jerawat berlaku kerana berlakunya radang pada tisu di bahagian dalam kelenjar minyak kulit. Jika seseorang itu menghadapi masalah jerawat pada kulit, ia sering dikaitkan dengan masalah ketidakseimbangan hormon, pemakanan, persekitaran, penyakit keturunan, psikologi, pra-haid atau pun jangkitan bakteria, malahan masalah resdung juga dianggap sebagai punca yang mengakibatkan individu tersebut menghidap masalah jerawat.

Masalah jerawat berlaku seawal peringkat usia remaja yang sedang dalam proses kematangan, iaitu sekitar umur 12-16 tahun. Jenis jerawat yang tumbuh pada masa ini pula dipanggil acne vulgaris. Semasa remaja menjalani proses matang, berlaku perubahan keseimbangan hormon di mana hormon testosteron mula dihasilkan dan bertukar menjadi dihidrotestosteron di dalam kulit. Ia berlaku bagi meningkatkan kadar metabolik serta saiz badan remaja tersebut.

Jadi, bagaimana untuk elakkan jerawat dari tumbuh? 

Selain mengubah tabiat pemakanan yang tidak seimbang, faktor persekitaran turut memainkan peranan penting seperti berada di kawasan berkelembapan tinggi, kulit sentiasa berminyak terutamanya kulit muka, memakan ubat-ubatan tertentu seperti pil perancang dan juga penggunaan kosmetik yang kerap hingga liang-liang roma kulit tersumbat.

Oleh itu apa yang anda perlu lakukan untuk mengelakkan dari tumbuhnya jerawat pada kulit terutamanya di bahagian muka?
1. Amalkan mencuci muka 2 kali sehari dengan pencuci muka dan pada masa-masa yang lain, cukup sekadar membilas muka dengan air bersih.
2. Elakkan muka anda dari ditutupi rambut kerana minyak pada rambut boleh mengakibatkan berlakunya jerawat.
3. Elakkan dari menggunakan barangan kosmetik dan pelembap berasaskan minyak.
4. Jangan sentuh, picit atau pecahkan jerawat kerana ia boleh menyebabkan parut di atas kulit.
5. Berhenti dari menggunakan pencuci muka atau ubat jerawat yang anda beli sekiranya keadaan jerawat anda menjadi semakin teruk.
6. Jika jerawat anda tumbuh di belakang badan atau dada, anda digalakkan memakai pakaian kapas kerana ia menyerap peluh dan menyejukkan kulit.




Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat. (sebab itu lah ESP sangat laris kerana protein rendah dengan indeks glisemik dan sgt penting utk pembentukan sel yang sihat)

Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.

Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.

Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E.


Antioksidan baik untuk kesihatan dan keremajaan kulit


Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit. 

Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya. 

Vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.









Senarai vitamin dan produk Shaklee yang bagus untuk kulit berjeragat dan berjerawat:

1. Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 - untuk lindungi kulit dari sinar uv waktu siang hari.

2. Nutriwhite Spot Whitening Treatment untuk kurangkan warna coklat jeragat.

3. B Complex - penting untuk kestabilan hormon. Dapatkan secara tidak langsung mengurangkan stres yang menyebabkan terjadinya muka berjerawat dan jeragat

4. Sustained Release Vita C Plus - penting untuk pembentukan kolagen. Pengambilan vitamin C konsisten membantu anda dapatkan kulit yang tampak lebih cerah, ianya juga melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasidan ini membantu mengurangkan kejadian jeragat

5. Vita E Complex - juga terkenal sebagai vitamin awet muda sebab ianya dapat membantu keseimbangan hormon dandapat mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Justeru itu penting untuk mereka yang bermasalah kulit berminyak dan berjeragat

6. Energizing Soy Protein (ESP) : sangat penting dalam penghasilan sel baru dan secara langsung mengurangkan kesan kulit matidan kekerapan kejadian jeragat. Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sukar dihilangkan. Akan tetapi insyaallah dengan mencukupkan kandungan protein dalam badan, dapatlah sel-sel baru dihasilkan sebelum kesan jeragat baru terjadi.

7. GLA Complex - dapat melambatkan menopaus dan melegakan simpton menopaus  seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tona kulit yang sekata dan justeru kulit tampak lebih muda.

8. Collagen Powder - Kolagen adalah tisu penyambung yang membantu mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit (dan rambut, kuku, otot, tulang, sendi, mata, saluran darah dan sebagainya). Semakin meningkat usia kita, semakin lambat badan kita hasilkan kolagen, jadi kita boleh mengambil kolagen tambahan untuk mengekalkan dan “melambatkan” penuaan wajah.








SHAKLEE : Ikan Laut Dalam dan Khasiatnya


APAKAH KELEBIHAN IKAN LAUT DALAM? 

Apakah kelebihan ikan laut dalam?

Ikan laut dalam mempunyai kandungan omega-3 yang sangat tinggi berbanding dengan ikan air tawar atau ikan di permukaan laut. Ini kerana ikan jenis ini mampu mempertahankan suhu tubuh dengan kandungan lemak yang tetap cair pada suhu laut dalam yang mana suhunya sangat rendah. 

Ikan air laut dalam ini biasanya kurang risiko atau kurang contaminated dengan logam berat. Ini kerana kebanyakan pencemaran logam berat ini datangnya dari darat yang mungkin akan memberi risiko pada perairan sekitar teluk sahaja. Biasanya ikan-ikan di laut dalam kurang terdedah dengan ancaman seperti pencemaran sebegini jika dibandingkan dengan ikan yang hidup di permukaan laut. 


KISAH DI SEBALIK IKAN LAUT DALAM

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price telah menemui satu rahsia :

Penduduk Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidap masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Manakala kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara yang bekerja sebagai pemburu dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolesterol menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung. 

Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan ikan air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi iaitu EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan. 


OMEGA GUARD 

Menurut kajian yang dilakukan selama lebih 30 tahun oleh Dr. Bruce Holub iaitu Professor Emeritus of Nutritional Science dari University of Guelph, Canada, DHA dan EPA sangat penting untuk mengoptimakan fungsi saraf otak dan mata (menyumbang kepada tingkat keupayaan belajar dan perkembangan mental)  untuk kebolehan berfikir, melihat dan juga mendengar dengan jelas. Pengambilan DHA dan EPA  yang mencukupi juga dapat mengelak dan mengawal penyakit jantung (cardiovascular disease) dan juga penyakit-penyakit kronik yang berhubungkait dengan jantung. 

Berikut merupakan fungsi minyak ikan terhadap tubuh kita:-

METABOLISME 
- Meningkatkan proses metabolisme dalam tubuh, melancarkan peredaran darah dan proses fisiologi 
- Menurunkan kadar Kolesterol Total, LDL dan Trigliserida. 
- Mengurangi kelebihan lemak, sehingga dapat membantu penurunan berat badan. 


SISTEM KARDIOVASKULAR 
- Mencegah serangan jantung dan strok. 
- Mencegah penggumpalan darah di seluruh tubuh. 
- Menurunkan Hipertensi dan mencegah Atherosclerosis (kekakuan dinding arteri). 


SISTEM IMUNITI (KEKEBALAN TUBUH) 
- Meningkatkan fungsi kekebalan tubuh, stamina dan daya tahan tubuh. 
- Mengurangi inflamasi/peradangan. 
- Baik untuk detoksifikasi serta sebagai anti bakteri dan anti virus. 
- Mempercepat masa penyembuhan setelah melakukan operasi. 


SEL 
- Meningkatkan peredaran oksigen dan membentuk sel-sel baru di seluruh tubuh. 
- Memaksimalkan fungsi sel-sel saraf dan otak seperti daya ingat, berfikir, dan konsentrasi.
- Menghambat dan mematikan jaringan sel-sel kanker dan sebagai anti oksidan untuk melawan  radikal bebas yang merosak sel-sel tubuh. 


SISTEM SARAF 
- Menjaga kesihatan sistem saraf  
- Melindungi otak dari toksin (terutama pasca stroke). 
- Mengatasi depresi setelah melahirkan. 


MATA 
Menjaga kesehatan mata secara menyeluruh dan mengoptimalkan fungsi penglihatan. 


SISTEM PERNAFASAN 
Mencegah Bronchitis, Asma dan penyakit Paru-Paru. 


SENDI 
- Memelihara kesihatan sendi dan tulang. 
- Mengatasi sakit atau nyeri akibat Arthritis, Osteoarthritis dan Osteoporosis. 
  

KECANTIKAN KULIT 
-Menjaga kesihatan dan kecantikan kulit serta dapat menambah elastisiti dan kehalusan kulit 


SISTEM REPRODUKSI 
- Mengatasi masalah Sakit Menjelang Menstruasi (SMM) dan gangguan mentruasi.
- Meningkatkan fungsi reproduksi. 
- Menyuburkan kandungan (terutama bagi yang belum punya keturunan). 
- Mengatasi kekeringan vagina saat menopause. 
- Mengatasi gangguan prostat. 


MASALAH KEHAMILAN 
- Mengoptimalkan kesihatan ibu hamil dan menyusu
 - Menjaga pertumbuhan dan perkembangan pada bayi dan anak-anak. 
- Sebagai nutrisi perkembangan prenatal dan membantu perkembangan otak bayi.



Friday, 24 October 2014

SHAKLEE : Eczema, Omega Guard dan Herbal Blend Multipurpose Cream

CERITA ANAK SAYA saya kongsikan bersama anda...

"Anak sulong saya mengidap Eczema iaitu pada kakinya sahaja. Hanya pada tempat/bahagian yang sama sehingga ternampak perbezaan kulit antara bahagian tersebut dengan yang lain. Ia membentuk seperti bulatan, berair dan gatal. Meskipun telah mendapatkan rawatan dan steroid cream dari pakar kulit di Kota Damansara, keadaannya lebih kurang sahaja... pantang cuaca panas dan berpeluh... kulit dan permukaannya akan timbul dan mengakibatkan kegatalan sepanjang malam. Saya cukup tidak berpuas hati dengan hasil steroid cream dan rawatan almost RM300 setiap 2 bulan itu... Saya cuba pendekatan menggunakan rawatan pemakanan Omega Guard, Chewable Vita C dan Herbal Blend dan Alhamdulillah... kulitnya sudah elok dan tiada lagi Eczema" 



Apa itu ECZEMA??

Eczema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.

Masalah eczema memang tidak asing lagi bagi kebanyakkan daripada kita. Masalah eczema ini bukan sahaja terjadi di kalangan orang dewasa malahan kanak-kanak dan bayi juga. Eczema biasa berlaku di kalangan bayi berumur antara 2-6 bulan.

Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa. Walaupun penyakit ini bukanlah penyakit berjangkit, namun ia masih merupakan penyakit kompikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.


Eczema akan menyebabkan badan menjadi gatal-gatal dan apabila sentiasa digaru akan meninggalkan parut.


Paling kasihan jika yang menghadapi eczema ini ialah bayi yang mana bayi akan sentiasa merengek kerana eczema merengsa dan menyakitkan.


Kebiasaannya bagi penghidap Eczema , doktor akan beri ubat sapu yang mengandungi steroid yang tinggi. Tapi jika menggunakannya dalam jangka masa yang lama adalah tidak baik.

Apa punca Eczema?

Actually doktor sendiri tidak tahu punca sebenar mengapa eczema itu berlaku.Tapi boleh jadi disebabkan oleh "abnormal function of immune system. Studies have shown that in people with atopic dermatitis there are gene defects that lead to abnormalities in certain proteins (such as filaggrin) that are important in maintaining the barrier function of normal skin."

Eczema juga boleh terjadi disebabkan oleh alahan terhadap sabun,cosmetics,bahan baju yang dipakai,detergents,jewelry ataupun peluh.

Jadi, bolehkah Shaklee mengatasi masalah Eczema?


Perlu diingat, produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah ini dengan cara yang selamat serta natural untuk semua peringkat umur.

Rawatan


Penyebab sebenar eczema tidak diketahui tetapi ia dikaitkan dengan tindakan overaktif (terlampau) sistem imuniti badan kepada sebarang benda/keadaan yang menyebabkan eczema atau kulit gatal, seperti bersentuh dengan kain yang kasar yang menyebabkan kulit gatal, persekitaran yang terlalu panas atau terlalu sejuk, terdedah kepada beberapa produk kegunaan di rumah (i.e. sesetengah sabun membasuh kain atau pembersih rumah lain yang mengandungi bahan kimia yang kuat).

Walaupun masalah eczema ini tidak boleh dipulihkan sepenuhnya, tetapi ia boleh dikawal dengan rawatan dan ubat, rawatan herba, elakkan daripada kulit menjadi terlalu kering dengan memakai krim pelembab kulit serta jauhkan daripada bahan-bahan yang boleh menyebabkan kulit gatal. Jangan risau, eczema tidak berjangkit kepada orang lain, tidak seperti penyakit kulit lain yang disebabkan oleh bakteria atau fungus (i.e. kurap, panau).

Jom kita lihat, apakah cadangan produk daripada rangkaian Shaklee yang boleh membantu mengatasi masalah Eczema:-

Ezcema dibahagian Kulit.


Mula-mula, pastikan jenis ezema tu samada berair atau kering.
Terdapat 2 kaedah perubatan untuk mengatasi masalah ezcema ni iaitu rawatan luaran dan rawatan dalaman.

Mari kita lihat rawatan luaran dulu.

Ezcema Kering
untuk mengatasi masalah ezcema kering, Herbal Blend boleh la disapu nipis. Produk ini tidak sesuai untuk ezcema berair.









Ezcema Berair
Basic H Shaklee sesuai untuk mereka yang alah pada sabun yang mempunyai bahan kimia.
Campuran 2-3 titis Basic H dalam mandian, in shaa Allah dapat mengering dan merawat ezcema. Dan setelah kering barulah disapukan Herbal Blend dibahagian tersebut.



Selain Herbal Blend (ezcema kering) atau Basic H untuk ezcema berair, Vitamin E dari Shaklee dapat membantu menghilangkan luka ezcema berair dan memudarkan parut.

Rawatan Dalaman

Amalkan pemakanan Chewable Vita C dan Omega Guard dan penyapuan Vitamin E (kerana kanak-kanak tidak sesuai memakan Vitamin E); insyaAllah sikit sebanyak membantu mengurangkan Eczema. 










Wednesday, 22 October 2014

SHAKLEE : Vitamin Penyebab Selera Makan Naik?

VITAMIN PENYEBAB SELERA MAKAN MENINGKAT?

"Aiyooo.... takutla saya ini macam... mahu sihat... tapi gumuk juga adaaaa. Makaaan  ajeee"



Hahaha

Siapa ada pengalaman sebegini... cuba ketuk meja... hahaha. Saya pun ada pengalaman macam ni. So thats why saya buat research. Apakah benar MITOS ini dan MITOS mengatakan B Complex boleh menambah selera makan.

Jom kita fikirkan bersama ye. :)

B Complex yang baik ialah

1. B Complex yang mengandungi kesemua 8 vitamin iaitu:-
B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana yang dinyatakan dalam RDA kesemuanya perlu diambil dalam masa yang sama.

2. B Complex yang mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin

3. B Complex yang mengandungi jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 yang tidak terlalu besar

4. B Complex yang TIDAK menawarkan rumusan larut air - sustained release


Ini bermaksud B Complex itu tidak lengkap sekiranya tidak memenuhi kriteria diatas. Sukacita saya maklumkan bahawa B Complex yang TERBAIK dan lengkap adalah dari Shaklee. Hanya B Complex yang lengkap TIDAK menyebabkan kegemukan.











Tetapi kenapa saya tetap gemuk meskipun saya ambil B Complex ini?

B Complex; antara fungsinya ialah menghilangkan stress. Makanya bila seseorang itu tiada stress; dia akan berselera makan. Dalam masa yang sama; memandangkan sifat supplement Shaklee yang berasal dari sumber semulajadi tanpa bahan kimia, keperluan untuk minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari amatlah penting dan menjadi keutamaan atau syarat untuk mendapatkan keberkesanan supplement yang berpanjangan.

Puas sudah SID menasihatkan agar minum air masak dalam kuantiti yang banyak dalam sehari. Apakah yang akan berlaku jika kita minum KURANG DARI 3 LITER dalam sehari?

Ianya mengakibatkan sel2 tubuh kita akan "dahaga" lalu ia menghantar isyarat ke otak. Tetapi isyarat dari sel yang kehausan itu diterima oleh otak sebagai isyarat lapar.

Maka otak menghantar pesanan kepada sistem kita untuk cari makanan (lapar ni, nak makan!!). Sedangkan sebenarnya kita tak perlu makan pun, cuma sel tubuh kita yang haus. Dan biasanya kita pun cari makanan dan makan sampai kenyang. Masa inilah tubuh kita menerima protein, karbohidrat dan lemak berlebihan.

Maka jika anda berada dalam situasi ini, anda mungkin asyik rasa lapar, nak selalu makan dan mungkin boleh gemuk. Justeru, bila anda mengambil vitamin :

(1) Minum air sekurang2nya 3 liter sehari

(2) Kawal pemakanan, jangan ikut sangat nafsu. Bersenam beberapa minit dalam sehari.

(3) Tukarkan karbohidrat kepada sumber low GI

Jadi, pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Tukar karbohidrat kepada sumber low GI tu camne? Low GI tu ape?

▶ GI = Glisemix Index (atau dalam bahasa Melayunya indeks glisemik)

▶ Indeks glisemik = Indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mengandungi karbohidrat ke atas paras glukosa dalam darah.

Maknanya, makanan yang kita makan, akan ditukarkan menjadi glukosa dan akan diserap ke dalam salur darah. Makanan dalam kategori GI tinggi akan menyebabkan glukosa darah meningkat dengan cepat.


Manakala makanan yg GI rendah, glukosa lambat dicerna dan diserap. Ini akan meningkatkan paras glukosa dan insulin secara berperingkat dan telah terbukti bermanfaat pada kesihatan, termasuklah dalam pengawalan berat badan dan mengawal selera makan dan menambatkan rasa lapar.

Adakah sebarang bantuan dari supplemen untuk mengekalkan Low G. I?

G.I TINGGI : 70 KE ATAS
G.I SEDERHANA : 56 - 69
G.I RENDAH : 55 KE BAWAH

Suka cita saya maklumkan bahawa, G.I Energizing Soy Protein hanyalah 39. Maka ia dikategorikan Low G.I.









KESIMPULANNYA;

Jom kita minum satu shaker ESP, 1/2 jam sebelum sarapan dan malam hari.

Jom kita ambil 1 biji B Complex, 1 biji Vita-Lea dan 1 biji Sustained Release Vita C Plus selepas sarapan pagi

Jom kita minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter dalam sehari

Jom kita bersenam berjoging berlari-lari membuat kerja rumah, membasuh baju, mengemas rumah, memasak, dan beronline business dan sebagainya. Namapun W.A.H.M kannnn... :)




The reality of W.A.H.M
BUT
I LUV IT


Fhara Adzlina
013.2070407
C.O.D Kota Damansara Beranang Sungai Besar Selangor

Thursday, 2 October 2014

Marine Collagen or Animal Collagen


WHAT YOU SHOULD KNOW ABOUT COLLAGEN

There are mainly two different types of collagen ingredients; 
1. animal extracts and 
2. fish extracts. 

Collagen is abundant in skin. 


In order to choose fish collagen supplement, it is important to understand which part of fish are used. Some uses the scale of fish skin, which is usually judged as waste. Expensive materials corresponds to high quality. It is necessary to know the marketing price of ingredients.

Poor Intestinal Absorption
Animal extract collagen is mostly absorbed from cow and chicken, and especially from pig .You can easily get animal collagen extracted from pigskin the most in local markets.
According to research, animal collagen is one seventh inferior to fish collagen when broken down by molecular weight.
Collagen is only absorbed after it is broken down into peptides by digestive enzymes. The ability of breaking down collagen is equal to that of absorbing collagen. Thus, fish collagen is seven times more capable of breaking down collagen to be absorbed than collagen from pigskin.  
It is well known that pork is more difficult to digest than fish. Collagen works in the same way.

Benefits of Marine Collagen

BY DON AMERMAN
Marine collagen is a fibrous protein extracted from the scales or skin of saltwater fish, including cod and salmon. In recent years, preliminary animal and clinical studies have found that this collagen possesses medicinal properties that can help promote human health and well-being. Already widely used in the Far East, marine collagen-based products have begun to appear more often on health food shelves in the West. Talk to your doctor before beginning any regimen of self-treatment.

Slows Effects of Aging

Marine collagen has antioxidant properties that have been used in skin-care products to prevent or even repair the damage caused by environmental factors, such as UV rays and low humidity, as well as damage associated with the aging process. Researchers at Beijing University's School of Public Health in China explored the effects of marine collagen peptides on the skin of aging mice. In findings published in the April 2008 issue of the Chinese Journal of Preventive Medicine, the researchers reported that test animals given oral doses of marine collagen peptides showed a significant thickening of their epidermis, as compared with mice in the control group. Researchers also reported a sharp increase in the number and activity of fibroblasts in the skin of mice treated with marine collagen. Fibroblasts are cells that play a key role in the creation of new connective tissue, such as skin.

Why Fish Collagen Is Superior to Bovine and Porcine Collagens 


Collagen is a major structural protein found inside and outside of our bodies. It is a unique building material comprised of amino acids that provides strength and structural support to our bones, skin, tendons, ligaments, and blood vessels. Although we can get collagen from the food we eat, factors like pollution, aging, and smoking lead to a high rate of collagen degradation over time, resulting in wrinkles, fine lines, and sagging skin. Taking a liquid collagen supplement can help restore this vital substance and reduce the signs of aging.
There are three main types of collagen found in collagen supplements and skincare products: bovine, porcine, and fish collagens. Porcine and bovine collagens are cheaper than fish or marine collagen, so most collagen products on the market are derived from these sources. Bovine collagen originates from cows, while porcine collagen originates from pigs. The collagen is taken from the skin or tendons of these animals. Approximately 3% of the population is allergic to bovine collagen. Porcine collagen is more similar to human collagen, so allergic responses are rare.
Fish collagen, also known as ‘marine collagen’, is extracted from cold sea fish. After manufacturers extract collagen from fish, they refine it to remove the unpleasant fishy odor and taste while retaining the collagen’s nutritional value. Fish collagen has superior bioavailability, which is the rate at which a substance is absorbed into the body when ingested.