Saturday, 23 November 2013

SHAKLEE : Set 3M Penyusuan Optimum










SET 3M (SET PENYUSUAN OPTIMUM)

1) Set ini sangat disyorkan RECOMMENDED bagi ibu-ibu yang mempunyai MASALAH PENYUSUAN

- MASALAH PENYUSUAN yang dimaksudkan ialah dari segi PENGHASILAN SUSU (walaupun pam setiap 3 jam + minum air 3 liter sehari) ; maka set ini membantu memenuhi dan memperbaiki mana-mana kekurangan zat dalam tubuh si ibu supaya dapat berfungsi dengan lebih baik.

2) Set yang paling sesuai bagi ibu-ibu yang mempunyai STOK YANG SEDIKIT/TIADA STOK LANGSUNG

3) Set yang paling sesuai bagi ibu-ibu yang mahu MULA SIMPAN STOK

4) Set yang paling sesuai bagi ibu-ibu yang mahu RELAKTASI/ INDUCE RELACTATION

*Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi
Pembentukan darah dan sel, mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, akar rambut yg kuat (kurang rambut gugur), membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea Shaklee) serta badan tidak mudah lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.

*B Complex
Diperlukan oleh tubuh badan supaya otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri

*Sustained Release Vita C Plus
Antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan kulit lebih cantik

*Alfalfa
MILK BOOSTER cukup membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mencepatkan penghasilan susu ibu

*OsteMatrix 
Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf- PENTING bagi ibu yang menyusu. Jika ibu tidak menggantikan semula kalsium ini (semasa proses menyusu, period) maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua

*ESP @ Energizing Soy Protien 
Komposisi vitamin utama dalam susuibu ialah protin, untuk mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan serta membina hormon, enzim dan antibodi


NUTRISI DAN SUPLEMEN SEMASA TEMPOH PANTANG 

By drzubaidi

Pemilihan makanan selepas melahirkan anak atau semasa pantang adalah suatu aspek kesihatan yang amat penting kerana ia memainkan peranan untuk mengembalikan semula tahap keseimbangan hormone, mineral dan lemak yang penting (essential fatty acid) yang telah digunakan semasa hamil dan ketika proses melahirkan anak.

Ketika dalam pantang mereka memerlukan tambahan tenaga sebanyak 500 cal yang harus datang dari makanan yang mereka makan. Ini bermakna mereka memerlukan antara 2,000 hingga 2,500 kalori dalam sehari.

Malangnya kebanyakan wanita yang sedang berada tempoh pantang tidak mendapat cukup nutrisi dari pemakanan mereka. Ini berpunca dari keletihan kerana tidak cukup rehat dan tidur kerana menyusukan bayi, dan mengalami masalah ‘tidak berselera’ kerana tubuh mereka masih lemah.

Kegagalan mendapatkan nutrisi yang mencukupi akan memberikan kesan buruk kepada mereka dan anak yang telah dilahirkan.

Sebagai contoh tahap zink yang rendah dalam darah semasa dalam tempoh pantang boleh menyebabkan mereka mudah mengalami “post-natal depression” (meroyan).

Begitu juga dengan keperluan zat besi dan Vitamin B yang sangat penting bagi pembentukan sel darah merah. Semasa proses kelahiran, banyak darah keluar dan perlu digantikan. Zat besi dan vitamin B sangat diperlukan dengan jumlah yang banyak bagi membentuk sel darah merah yang baru.

Kalsium dan magnesium juga banyak digunakan ketika proses kelahiran kerana kedua-dua zat ini bertanggungjawab dalam mengecutkan rahem bagi mengeluarkan bayi. Ini menyebabkan kandungan kalsium dan magnesium dalam darah sangat berkurangan terutama jika proses melahirkan anak memakan masa yang panjang.

Apabila kedua-dua elemen ini tidak mencukupi, ia akan menyebabkan otot rahem mengecut lagi dan menyebabkan pendarahan yang banyak selepas proses kelahiran.

Oleh itu ibu-ibu yang baru melahirkan sangat memerlukan suplemen yang sesuai untuk meningkatkan kesihatan tubuh mereka semula.

Selalunya doktor akan menasihatkan ibu-ibu ini mengamalkan pemakanan sihat seperti menggalakkan pengambilan protein seperti daging, susu, ikan, kekacang, sayur-sayuran, cereal dan keju. Makanan-makanan ini bukan saja memberikan sumber protein tetapi juga sumber vitamin dan mineral yang banyak.

Bagi ibu-ibu yang mengalami rasa loya dan tidak berselera untuk makan, dan merasa bahawa pemakanan mereka tidak cukup nutrisi, saya mencadangkan mengambil beberapa suplemen bagi memastikan nutrisi-nutrisi seperti ini dapat dibekalkan.

Antara suplemen yang saya cadangkan ialah Energizing Soy Protein (ESP) dan VITA-LEA® WITH IRON kerana ia mengandungi kandungan nutrisi yang lengkap.

1. Zat Besi (Iron)

Zat besi atau Iron sangat penting dalam pemakanan kerana ia terlibat dalam penghantaran oksigen dalam darah. Oleh itu ia sangat penting dalam memberikan tenaga semasa pantang.

Wanita yang menyusukan anak memerlukan antara 25-27 mg zat besi dalam sehari. Mereka yang mengalami masalah kekurangan zat besi boleh mengalami rasa mudah penat, rasa sukar bernafas dan senang disrang jangkitan kuman.

Saya mencadangkan Produk Shaklee VITA-LEA® WITH IRON yang mengandungi zat besi 18mg bersama 23 vitamins dan mineral yang diperlukan oleh wanita yang sedang dalam pantang.

2. Vitamin B Kompleks.

Vitamin B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B (sebab itu dinamakan vitamin B kompleks) sangat penting bagi menukarkan makanan yang kita makan menjadi tenaga ketika proses metabolik.

Vitamin B , terutamanya folic acid, B6, and B12 membantu kesihatan jantung dan saluran darah dengan merendahkan tahap homocysteine dalam darah.

Kebanyakan vitamin ini tidak dapat disimpan dalam tubuh dan dibekalkan dengan pengambilan dalam makanan setiap hari. Memasak terlalu lama menyebabkan makanan itu tidak lagi mempunyai vitamin-vitamin ini.

Vitamin B complex ini bertindak pada tahap maksima apabila diberikan secara serentak. Malangnya kebanyakan ibu-ibu tidak mendapat kelapan-lapan vitamin ini semasa tempuh berpantang.

Produk Shaklee VITA-LEA® WITH IRON mengandungi kesemua vitamin B kompleks yang diperlukan oleh wanita yang sedang dalam pantang.

3. Vitamin C .

Vitamin C sangat penting bagi kesihatan gusi, gigi tulang dan pembentukan tisu baru. Ia terdapat dengan banyak dalam buah-buahan seperti oren, betik, strawberi.

Ibu yang tidak mendapat cukup vitamin C akan mengalami rasa mudah penat. Mereka akan menjadi cepat marah dan mudah mendapat penyakit meroyan (post partum depression). Sendi dan otak akan berasa sakit dan mudah mendapat lebam jika terlanggar meja atau dinding.

Masalah yang sering diadukan oleh mereka ialah gusi yang mudah berdarah dan jangkitan kuman pada gusi. Rambut akan jatuh berguguran dan kulit menjadi kering. Mereka mudah jatuh sakit kerana daya tahan yang tidak kuat.

Seperti vitamin B complex, vitamin C juga tidak disimpan dalam badan dan perlu diambil setiap hari dalam pemakanan. Wanita yang dalam pantang memerlukan Vitamin C 120mg sehari.

Produk Shaklee VITA-LEA® WITH IRON juga mengandungi Vitamin C sebanyak 120mg dalam 2 caplet yang dihidangkan.

4. Zat Zink

Zinc juga antara zat dalam pemakanan yang sangat diperlukan. Ia terlibat dalam proses metabolism terutama dalam pembentukan sel-sel yang telah rosak semasa kehamilan dan proses kelahiran.

Wanita yang berada dalam pantang juga selalunya mudah demam dan diserang dengan pelbagai virus dan bakteria. Mereka memerlukan zink untuk meningkatkan sistem daya tahan melawan penyakit dengan meningkatkan pengeluaran antibody dari kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang jangkitan penyakit.

Zink juga membantu mengembalikan semula kitaran haid wanita yang baru melahirkan anak, mengembalikan tenaga akibat kelesuan yang kronik semasa pantang dan membentuk kolagen bagi menyembuhkan luka dengan lebih cepat.

Wanita yang sedang dalam pantang memerlukan Zink antara 15-20mg.

Produk Shaklee VITA-LEA® WITH IRON yang mengandungi zink 15mg dalam 2 caplet yang dihidangkan.

5. Kalsium

Kalsium adalah zat yang sangat penting bagi wanita dalam pantang untuk faedah dirinya dan juga bayi yang disusukan.

Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat pada bayi yang disusukan. Bagi wanita yang sedang dalam pantang, selalunya tidak banyak bergerak dan kebanyakan masa mereka berbaring di atas katil.

Suplemen kalsium dapat menghalang pembentukan darah beku pada saluran darah ketika banyak berbaring dan tidak aktif semasa pantang.

Kalsium juga sangat penting memperbaiki fungsi saraf, bagi mengelakkan rasa kebas pada anggota kaki dan tangan mereka di samping mempercepatkan pengecutan otot rahem untuk kembali ke saiz asal.

Bagi wanita yang menyusukan anak, mereka memerlukan sebanyak 1,000 mg hingga 1,500 mg dalam sehari.

Produk Shaklee VITA-LEA® WITH IRON mengandungi 450mg kalsium dan Shaklee ESP mengandungi 500 mg kalsium. Pengambilan kedua-dua produk ini akan melengkapkan bekalan kalsium yang diperlukan.

5. PROTEIN

Wanita yang baru melahirkan anak sangat memerlukan nutrisi protein dalam pemakanan mereka. Salah satu sumber protein, selain telur, daging dan ikan ialah kacang soya.

Kacang Soya mempunyai kandungan protein yang tinggi dan mengandungi hampir kesemua amino asid yang diperlukan oleh tubuh.

Protein sangat diperlukan dalam pemakanan kerana ia akan disalurkan ke dalam susu ibu dan bayi yang menyusu akan mendapat faedah yang banyak.

Protein akan merangsangkan pertumbuhan fizikal dan mental, dan secara langsung menyebabkan bayi akan cepat membesar dan menjadi cerdik.

Wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 70g protein sehari.

ProdukShaklee Energizing Soy Protein (ESP) mengandungi protein yang rendah lemak dari sumber bukan GMO (genetically modified organism) dan mengandungi kesemua amino acids. Ia tidak mengandungi kolestrol dan sesuai untuk wanita yang berada dalam pantang.

Ia membekalkan sebanyak 14 gram protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ( 3 sudu teh).

Pada kesimpulannya dua produk Shaklee ini, Energizing Soy Protein (ESP) dan VITA-LEA® WITH IRON adalah produk yang sesuai diambil kerana menepati keperluan nutrisi wanita yang berada dalam tempoh berpantang sama ada mereka menyusukan anak atau tidak.

Wallahuálam.

Source: http://drzubaidi.com/blog/?p=4295





✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
InshaAllah

Disclaimer notice: This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


No comments:

Post a Comment

Silalah beri comment anda. Sebarang pertanyaan mengenai produk dan order amatlah dialu-alukan. Terima kasih.