Saturday, 12 April 2014

SHAKLEE : Vivix untuk Pesakit Kanser Payudara







Apa itu Kanser Payudara?

Kanser payudara merupakan kanser utama di kalangan wanita di Malaysia, 1 dalam 19 wanita adalah berisiko. Berbanding 1 dalam 8 wanita di Eropah dan Amerika Syarikat. Kanser payudara bermula dari sel payudara. Kanser payudara adalah biasa pada wanita dan hanya 1% lelaki mendapat kanser ini. Payudara wanita adalah terdiri dari sel-sel kelenjar lobul yang menghasilkan susu (lobulas), saluran yang bawa susu ke bahagian puting, lemak dan tisu pengantara, saluran darah dan limfa. Kebanyakan kanser payudara bermula dari sel yang melapisi bahagian saluran (ductal cancer), sebahagian lain bermula pada kelenjar lobul (lobular cancer) dan selebihnya bermula dari tisu-tisu lain.
Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.

Jenis-jenis kanser payudara

Kanser setempat 'Carcinoma in situ' : Istilah ini merujuk kepada kanser peringkat awal dan masih berada di tempat ia bermula iaitu terhad di saluran atau kelenjar susu payudara.
Kanser saluranan 'Ductal carcinoma in situ' (DCIS): Ia adalah jenis kanser payudara yang tidak merebak (noninvasive) dan berada di sekitar saluranan susu payudara.
Kanser lobular (Lobular carcinoma in sit) (LCIS): Keadaan ini bermula di kelenjar susu dan tidak melepasi dindingnya.
Kanser saluran merebak (Invasive (infiltrating) ductal carcinoma) (IDC): Merupakan kanser payudara yang paling biasa. Bermula pada saluran susu, melepasi dinding saluran dan merebak ke tisu payudara lain.
Kanser lobul merebak (Invasive (infiltrating) lobular carcinoma (ILC)): Kanser ini bermula pada kelenjar susu. Ia boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain.

Gejala-Gejala Kanser Payudara

Tanda paling biasa kanser payudara ialah ketulan atau bengkakkan.
Ketulan yang tidak sakit, keras dan tidak sekata berkemungkinan besar kanser. Ada juga ketulan kanser yang sakit, lembut dan berbentuk bulat. Oleh itu sangat penting berjumpa doktor segera apabila ada pembengkakan atau ketulan di payudara.

Tanda-tanda lain kanser payudara seperti berikut:

Bengkak pada sebahagian payudara
Kulit jadi berkedut seperti kulit limau
Puting masuk ke dalam atau sakit
Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara
Lelehan dari puting (kekuningan atau berdarah) selain susu.
Ketulan pada bahagian ketiak
Bagaimana kanser payudara dikesan?
Pemeriksaan sendiri payudara (PSP)- wanita patut melakukan PSP secara berkala bermula dari umur 20 tahun. Belajarlah dari jururawat anda dan sekiranya ada ketulan dikesan, jumpa doktor segera.
Mamogram- Mammogram ialah ujian x-ray payudara. Pemeriksaan ini dibuat kepada wanita yang tiada masalah tetapi berisiko. Pemeriksaan bagi wanita yang ada tanda atau masalah payudara juga akan dilakukan. Semasa ujian mammogram, payudara ditekan antara 2 keping plet dan boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Kadar radiasi x-ray adalah rendah dan tidak meningkatkan risiko kanser payudara.
(Pengambilan tisu dari payudara (biopsi). Semasa ujian ini, sel dari kawasan yang disyaki diambil dan duji di makmal.

Tahap Kanser Payudara

Pengkelasan tahap kanser payudara penting untuk memastikan sama ada pesakit boleh sembuh sepenuhnya pada peringkat awal atau sebaliknya:

Tahap 0 - Kanser setempat (Cancer in Situ)
Tahap I - Kanser kurang dari 2 cm.
Tahap II - Kanser 2 hingga 5 cm tanpa atau dengan bengkakan kelenjar di ketiak
Tahap III - Kanser besar dari 5 cm atau penglibatan kelenjar ketiak yang banyak
Tahap IV - Kanser telah merebak ke luar payudara dan melibatkan organ lain dalam tubuh
Tahap I & II - adalah awal dan boleh disembuhkan.
Tahap IV - tidak boleh disembuh





SET SUPPLEMENT UNTUK PESAKIT KANSER PAYUDARA

1) VIVIX- Ramuan semulajadi di dalam vivix:

* Muscadine Grape – mengandungi profil polyphenol yang berkualiti untuk awet muda dan asid ellargik sejenis fitonutrien kepekatan tinggi anti-kanser, anti-virus dan anti bakteria.

Diambil melalui proses ektraksi sejuk untuk mngekalkan kualiti tertingginya.

* Purple Carrot – sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia termasuk carotenoid, phenolics, polyacetalenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. juga mengandungi anthocyanins sejenis antioksida yang berkualiti tinggi merupakan anti-kanser, anti-radang, anti-mikrobial dan baik untuksaluran darah, lipoprotin dan platelet, mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

Juga mengandungi asid klorogenik dipercayai mengurangkan masalah diabetik.

* Elderberry – mengandungi flavonoids, ciri antioksida yang kuat, mengukuhkan mengukuhkan sistem immun melawan jangkitan virus dan bakteria.

Juga sekali lagi kaya dengan anthocyanin, ie anti-radang, juga baik untuk sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan selsema atau influenza.

Elderberry juga mengandungi vitamin A,B dan C dan nutrien seperti asid amino, caretonoid, tannin dan rutin.

Lain-lain manfaat elderberry ialah mampu mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular, strok dan serangan jantung, pengurangan stress, penglihatan, penghadaman, jangkitan yeast, astma, batuk, sesak hidung dan dada dan diabetes.

* Polygonum Cupidatum – tumbuhan berasal dari asia, juga terdapat di Amerika Utara dan Eropah, merupakan sumber komersial ravestrol yang penting melawan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meningkatkan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan dan memanjangkan usia, dari segi kajian purata jangkahayat akan datang ialah 120 tahun.

2) Nutriferon - kajian terhebat dalam bidang Imunologi yang ditemui olih Dr Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo, tahun 1954. Satu formula eksklusive dan dipaten oleh Shaklee dan terdapat dimana-mana syarikat lain.

Antara manfaat – mengukuh sistem imun dalam masa 3 hari, melawan kanser dan tumor, melindungi dari influenza, meringan stress dan kelesuan, melambatkan penuaan, mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit hepatitis B & C, menstabilkan proses menopos dan mengurangkan masalah PMS.

3) ESP Soy Protein—Menyingkirkan lemak haiwan adalah penting dan menggunakan lemak sayuran yang lebih mudah dihadam serta tiada kesan sampingan antibiotik yang menyumbang kepada penyakit. Bukankah itu lebih baik serta harus diingat, Protein ESP Shaklee adalah sumber tenaga terbaik dan membantu dalam penghasilan semula sel-sel yang sihat

4) Vitalea merupakan dua keperluan asas badan dalam mengekalkan integriti sel-sel yang sihat bertepatan dengan kesimpulan Dr Forest “bahawa sel-sel sihat mampu melawan sel-sel kanser”.

5) Alfalfa – Kanser tidak akan merebak atau membesar dengan melata di dalam tubuh yang tinggi alkalin. Kebanyakan penduduk Amerika mempunyai badan yang berasid. Dengan mengamalkan 30 hingga 40 biji Alfalfa Shaklee setiap hari boleh menjadikan PH tubuh manusia lebih beralkali. Secara tidak langsung dan perlahan-lahan dan berkemungkinan besar menghentikan penyebaran sel kanser.

6) Carotomax— Kapsul lembut yang mengandungi set karotenoids termasuk beta kerotene, lycopene dan lain-lain. Tisu membran mukos (lebih kepada tisu pada paru-paru) memerlukan banyak karetonoids. Carotomax Shaklee mampu menyembuhkan tisu yang rosak. Menurut www.investinyourhealth.com , pengkajinya telah banyak menemukan penyembuhan yang menakjubkan dengan pengambilan 10 biji carotomax sehari ke atas penghidap ulser, tisu rosak di dalam perut dan wanita dengan masalah pre kanser pangkal rahim.

7) Vita C—Dengan pengambilan 10,000 mg = 20 biji vitamin C Shaklee setiap hari menunjukkan kesan positif dramatik melawan kanser seperti yang dilaporkan oleh Linus Pauling Clinic. Vita C menstimulasi produksi sel darah putih dan tubuh yang mempunyai lebih kandungan vitamin c mempunyai peluang membentuk semula sel tanpa mutasi.

8) Herb Lax—Dadah memberikan kesan tidak elok kepada usus besar mahupun usus kecil kerana ianya memperlahankan proses menyingkirkan bahan buangan sistem badan. Sedangkan menyingkirkan toksin adalah perkara pertama yang penting dalam apa-apa usaha penyembuhan dan sudah semestinya Herb-Lax Shaklee yang bebas dadah ini, sangat membantu dalam usaha detox.

9) Performance Drink —Hidrasi badan amat penting, bayangkan walaupun hanya 1% badan kita (yang sihat tanpa penyakit) dehidrasi boleh memberi kesan kepada keupayaan mental dan tahap kecergasan. Pada waktu kita sedang melawan penyakit, kita mesti kekal hidrasi dan memerlukan air minuman bersih yang sanagat banyak. Dan dengan menambahkan Performance Drink Shaklee ini, kita telah menambah mineral penting dalam usaha penyembuhan penyakit

No comments:

Post a Comment

Silalah beri comment anda. Sebarang pertanyaan mengenai produk dan order amatlah dialu-alukan. Terima kasih.