PERIODONTAL DISEASE
Shaklee VIVIX: Beyond Resveratrol: Read this testimony by grandmother, Linnie Kern: “Did Shaklee VIVIX NOT “Work” for you? … maybe ‘time’ was the issue. I was diagnosed last July with periodontal disease in one of my lower back teeth. This is where the gum recedes from the tooth (mine was 6 mm), and bacteria can easily grow. I was told I had to squirt a solution in the “gap” once every day for the rest of my life, to keep the bacteria from growing. Both the hygienist and the dentist told me the only way the gum would ever go back to normal was with surgery. I started on VIVIX in August 2008, and went back to the dentist in November. There was no change to the gum. I went back in March (4 months later … total of 7 months on VIVIX) & my hygienist was shocked! She said the gap was GONE, and the dentist came in to verify. He said the gum was back to normal and I no longer needed to squirt the liquid in the gap, as there was no gap anymore … it was normal! I wonder what VIVIX would do for your mother or grandmother?
Sakit kerana gigi bongsu
RASA sakit gigi yang datang tiba-tiba menyebabkan Izwan Ali Imran Wazani, 24, pergi ke Hospital Balik Pulau yang berdekatan dengan rumahnya di Pulau Pinang.
Selepas diperiksa, doktor mendapati gigi bongsunya baru hendak tumbuh di hujung gusi bawahnya.
Menurut Izwan, pada awalnya dia menyangka ada giginya yang rosak atau berlubang.
"Hasil pemeriksaan doktor menunjukkan semua gigi saya masih dalam keadaan baik. Rasa sakit yang dialami itu berpunca daripada gigi bongsu yang sedang tumbuh," ujarnya.
Doktor menyarankan Izwan menjalani satu pembedahan kecil untuk membuang gigi bongsu tersebut.
Menurut Izwan, dia amat terkejut apabila mendengar pembedahan perlu dilakukan dan dia mula membayangkan kesakitan yang bakal ditempuhinya.
"Walaupun agak takut, memandangkan saya sudah tidak dapat menahan kesakitan, saya mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan yang disarankan oleh doktor," cerita Izwan.
Pembedahan membuang gigi bongsu itu berjalan lancar. Kini, rasa sakit yang dialaminya dahulu sudah hilang.
Izwan berkata, selepas pembedahan itu, doktor menasihatinya supaya tidak mengambil makanan dan minuman panas di samping makan makanan yang lembut.
Sementara itu, Nurul Adila Awaludin, 24, berkata, pada peringkat awal gigi bongsunya tumbuh, rasa sakit yang dialami sama seperti sakit gigi yang biasa. Cuma yang menambahkan rasa sakitnya ialah apabila gusi membengkak.
"Setelah membuat pemeriksaan X-ray, doktor menasihatkan saya supaya membuang gigi tersebut," katanya.
Gigi bongsu merupakan gigi terakhir yang tumbuh, biasanya semasa seseorang berumur antara 18 hingga 30 tahun.
Menurut pemilik Klinik Pergigian Syarifah, Dr. Syarifah Fazlina Seyed Fadzir, selalunya gigi bongsu tidak dapat tumbuh dengan sempurna disebabkan ruang gusi yang tidak mencukupi.
"Lantaran itu, gigi bongsu akan mengasak gigi geraham yang berada di depannya. Situasi ini menyebabkan rasa sakit pada gigi," jelasnya.
Beliau berkata, masalah ini dapat diatasi dengan mencabut gigi bongsu yang baru tumbuh itu. Sekiranya gigi bongsu berada dalam posisi yang sukar dicabut, gigi geraham yang berada di depannya terpaksa dicabut sebagai ganti.
"Ruang yang ada itu akan membolehkan gigi bongsu tumbuh dengan baik," beritahu beliau.
Sisa makanan
Tambahnya, gigi bongsu yang tidak tumbuh dengan sempurna boleh menyebabkan berlaku pengumpulan sisa makanan di antara celahan gusi dan gigi bongsu.
"Situasi ini mampu mencetuskan sakit gigi ekoran wujudnya bakteria penyebab jangkitan dan kesakitan.
Selain itu, Syarifah Fazlina menyatakan, kemunculan gigi bongsu pada posisi yang tidak betul juga boleh mengakibatkan hentaman pada tisu lembut atau tulang.
"Seringkali pesakit mengadu sakit dan bengkak di belakang gigi bongsu kedua.
"Keadaan yang dinamakan sebagai perikornitis ini tidak dialami oleh semua orang manakala individu yang mengalaminya tidak semestinya mempunyai gigi bermasalah," terang beliau.
Pesakit perikornitis perlu menjalani pemeriksaan bagi mengetahui sama gigi bongsu mereka itu mendatangkan masalah dan perlu dicabut sebelum ia memberi kesan yang lebih teruk.
Menurut Syarifah Fazlina, jika dibiarkan tanpa pemeriksaan, penyakit PERIODONTAL boleh menghakis akar gigi bersebelahan dan menyebabkan ketumbuhan.
"Apabila ini berlaku, pesakit yang kebanyakannya sudah melepasi usia remaja terpaksa melakukan pembedahan yang mungkin mengambil masa yang lama untuk sembuh," katanya.
Pakar Pergigian, Prof. Dr. Rahimah Abdul Kadir dalam tulisannya bertajuk Gigi Bongsu Terimpak berpendapat, gigi bongsu yang terimpak hanya boleh dikeluarkan melalui pembedahan ringkas. Satu torehan akan dibuat pada gusi bagi menampakkan tulang rahang.
Sekiranya bahagian torehan yang dibuat agak panjang, doktor akan menjahit gusi tersebut. Jahitan ini bertujuan mengelakkan pendarahan.
Tulang rahang yang menghalang korona gigi bongsu akan dipotong dan dibuang menggunakan satu alat khas.
Selepas itu, gigi tersebut akan dicungkil keluar. Doktor akan menyuntik ubat bius sebelum pembedahan dilakukan untuk mengelakkan rasa sakit.
Namun, tidak semua pembedahan akan disuntik ubat pelali. Suntikan ini untuk kes tertentu sahaja.
Menurutnya, pesakit tidak perlu risau akan impak selepas pembedahan seperti rasa sakit dan bengkak kerana doktor akan membekalkan ubat untuk meredakan rasa sakit.
Pesakit juga dinasihatkan supaya tidak mengorek bahagian torehan dengan jari atau sebarang alat. Perbuatan mengorek tersebut boleh mengakibatkan infeksi atau keradangan pada luka.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my
Disamping Vivix, CoqHealth dan OsteMatrix jugak diperlukan untuk mengurangkan sakit gusi.
Ada juga yang menyarankan pengambilan makanan tambahan seperti berikut:
1. B Complex
Vitamin B12 turut dikenali sebagai vitamin tahan sakit (painkiller). Kajian juga menunjukkan pengambilan vitamin B12 memainkan peranan penting dalam fungsi normal otak, sistem saraf dan pembentukan darah. Semasa sakit, saya ambil 2-3 biji serentak untuk membantu mengawal kesakitan.
Apabila bawang putih mentah diketuk/dipotong/dikunyah, ia menghasilkan satu sebatian sulfur aktif yang dinamakan Allicin. Allicin mempunyai fungsi antibiotik dan anti-kulat yang hebat. Namun, sebatian ini tidak stabil dan mudah berubah bentuk sekiranya cara penyediaan tidak betul. Bawang putih yang dimasak hampir tidak mempunyai Allicin kerana ia mudah dirosakkan oleh haba. Jadi, kita perlu mengambil bawang putih secara mentah untuk dapatkan khasiat Allicin ini. Sebab itu saya pilih untuk ambil Garlic Complex, lebih mudah dan kurang berbau.
3. Ostematrix
Kajian menunjukkan Magnesium mampu membantu meringankan sakit kepala, kekejangan otot, ketegangan otot, dan ketegangan otot. Mereka yang mempunyai kekurangan magnesium mungkin mengalami ketegangan otot yang berlebihan, yang boleh mencetuskan kekejangan otot , kegelisahan dan tics. Pengambilan dos yang dicadangkan adalah 400mg magnesium sehari. 4 biji ostematrix membekalkan 1000mg kalsium dan 400 mg magneisum untuk keperluan setiap hari.
lawatan kembali dari saya , terima kasih
ReplyDelete