Monday 24 November 2014

Cenderung kepada Otak Kanan Atau Kiri?


KENALI MINDA ANAK-ANAK ANDA

Lebih kepada Otak Kanan

Antara tips-tips yang dapat saya kongsikan disini, kanak-kanak yang berpotensi mempunyai dominasi otak kanak cenderung didalam aktiviti yang melibatkan seni kreatif dan persembahan. Imaginasi dan permainan kad dalam cetakan geometri berwarna dapat mengasah kemampuan otak kanan mereka.Ianya merangsang visual mereka ke paras yang optimum.Latihan akrobatik dan gimnastik juga mampu melatih kecerdasan otak kanan anak anda.Berbekal keupayaan mereka ini, kecendurangan mereka menceburi bidang seni, lukisan, arkitek,ahli sukan,pakar motivasi dan sebagainya amat besar.
Antara contoh insan yang cenderung menggunakan otak kanan; yang terhebat ialah pelukis bagi hasil seni yang teragung tamadun manusia (Potret Monalisa). Leornado da Vinci adalah pemilik hasil karya itu yang merupakan golongan yang cenderung menggunakan otak kanan! Bakatnya di asah sejak kecil lagi seiring dengan keupayaan kreativiti dan ilham seni yang dimaksimumkan menggunakan otak kanan.

Lebih kepada Otak Kiri

Bagaimana pula dengan kanak-kanak yang cenderung menggunakan otak kiri? Tidak kurang hebatnya juga, anak-anak yang mempunyai dominasi otak kiri memproses maklumat dengan cepat dengan cara berbentuk lisan yang lebih kompleks ataupun berbentuk analisa.Matematik,statistik, sains dan teknologi merupakan antara subjek kegemaran pemilik si otak kiri. Kemampuan otak kiri banyak di asah apabila anak-anak anda memasuki alam persekolahan formal dan bidang kerjaya. Pakar saintis, pendidik, doktor dan pegawai bank adalah golongan hebat yang lahir daripada ketajaman otak kiri mereka.

Pendidikan Agama haruslah diterapkan sedari kecil

Walaubagaimanapun perbezaan kemahiran antara otak kanan dan kiri, keseimbangan di antara keduanya juga amat penting. Otak manusia bagaikan satu sistem komputer yang rumit,yang dikawal oleh dua bahagian. Ibu bapa merupakan tunjang utama dalam mengalas amanah ini dalam mencorakkan kemahiran intitusi dan kepantasan deria rangsangan anak-anak terutama minda mereka. 


2 comments:

Silalah beri comment anda. Sebarang pertanyaan mengenai produk dan order amatlah dialu-alukan. Terima kasih.