Sunday 23 November 2014

SHAKLEE : Jerawat dan Jeragat Hitam Menghantuiku



Tips Hilangkan Jeragat dan Jerawat




Apa itu Jeragat?

Jeragat atau hyperpigmentation atau nama medikalnya Melasma adalah masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia.

Jeragat akan menyebabkan keadaan kulit bertompok coklat atau hitam di muka. Ia mungkin akan kelihatan pada pipi, dahi, dagu dan juga disekitar hidung. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan



Mari kita kaji, kenapa melasma (jeragat) boleh terjadi?
1.    Kerap berada di bawah cahaya matahari terik (UV matahari)
2.    Ketidakseimbangan hormon disebabkan mengandung/menopaus ataupun ambil pil perancang
3.    Penggunaan makeup, kosmetik atau rawatan kulit yang tidak sesuai
4.    Faktor keturunan.
"Faktor keturunan biasanya disebabkan oleh hiper cheratosis iaitu sel dalam liang
yang menghasilkan lebih banyak sel berbanding biasa”
5.    Stress atau tidak cukup tidur  


Apa itu jerawat?
Jerawat adalah sejenis penyakit kronik yang mengganggu kelenjar-kelenjar Sebaceous iaitu kelenjar yang terdapat di dalam kulit dan mengeluarkan sebum atau minyak untuk meliputi permukaan kulit manusia. Masalah jerawat boleh dilihat apabila muka, leher, dada atau belakang seseorang itu mula kelihatan bengkak-bengkak kecil yang kemerah-merahan, kehitaman ataupun bonjolan merah dan mula berisi nanah selang beberapa hari kemudian.

Jerawat akan mula keluar apabila berlaku sekatan pada liang roma kulit. Bagi mengelakkan berlakunya masalah jerawat, kita perlu pertama sekali faham bagaimana sekatan ke atas liang roma kulit ini berlaku, bagaimana jerawat boleh membentuk serta rawatan-rawatan yang boleh dijalankan untuk mengelakkannya dari tumbuh, bagaimana mengurangkan serta menghilangkan jerawat tersebut.

Umumnya, masalah jerawat berlaku kerana berlakunya radang pada tisu di bahagian dalam kelenjar minyak kulit. Jika seseorang itu menghadapi masalah jerawat pada kulit, ia sering dikaitkan dengan masalah ketidakseimbangan hormon, pemakanan, persekitaran, penyakit keturunan, psikologi, pra-haid atau pun jangkitan bakteria, malahan masalah resdung juga dianggap sebagai punca yang mengakibatkan individu tersebut menghidap masalah jerawat.

Masalah jerawat berlaku seawal peringkat usia remaja yang sedang dalam proses kematangan, iaitu sekitar umur 12-16 tahun. Jenis jerawat yang tumbuh pada masa ini pula dipanggil acne vulgaris. Semasa remaja menjalani proses matang, berlaku perubahan keseimbangan hormon di mana hormon testosteron mula dihasilkan dan bertukar menjadi dihidrotestosteron di dalam kulit. Ia berlaku bagi meningkatkan kadar metabolik serta saiz badan remaja tersebut.

Jadi, bagaimana untuk elakkan jerawat dari tumbuh? 

Selain mengubah tabiat pemakanan yang tidak seimbang, faktor persekitaran turut memainkan peranan penting seperti berada di kawasan berkelembapan tinggi, kulit sentiasa berminyak terutamanya kulit muka, memakan ubat-ubatan tertentu seperti pil perancang dan juga penggunaan kosmetik yang kerap hingga liang-liang roma kulit tersumbat.

Oleh itu apa yang anda perlu lakukan untuk mengelakkan dari tumbuhnya jerawat pada kulit terutamanya di bahagian muka?
1. Amalkan mencuci muka 2 kali sehari dengan pencuci muka dan pada masa-masa yang lain, cukup sekadar membilas muka dengan air bersih.
2. Elakkan muka anda dari ditutupi rambut kerana minyak pada rambut boleh mengakibatkan berlakunya jerawat.
3. Elakkan dari menggunakan barangan kosmetik dan pelembap berasaskan minyak.
4. Jangan sentuh, picit atau pecahkan jerawat kerana ia boleh menyebabkan parut di atas kulit.
5. Berhenti dari menggunakan pencuci muka atau ubat jerawat yang anda beli sekiranya keadaan jerawat anda menjadi semakin teruk.
6. Jika jerawat anda tumbuh di belakang badan atau dada, anda digalakkan memakai pakaian kapas kerana ia menyerap peluh dan menyejukkan kulit.




Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat. (sebab itu lah ESP sangat laris kerana protein rendah dengan indeks glisemik dan sgt penting utk pembentukan sel yang sihat)

Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.

Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.

Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E.


Antioksidan baik untuk kesihatan dan keremajaan kulit


Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit

Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya. 

Vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.









Senarai vitamin dan produk Shaklee yang bagus untuk kulit berjeragat dan berjerawat:

1. Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 - untuk lindungi kulit dari sinar uv waktu siang hari.

2. Nutriwhite Spot Whitening Treatment untuk kurangkan warna coklat jeragat.

3. B Complexpenting untuk kestabilan hormon. Dapatkan secara tidak langsung mengurangkan stres yang menyebabkan terjadinya muka berjerawat dan jeragat

4. Sustained Release Vita C Pluspenting untuk pembentukan kolagen. Pengambilan vitamin C konsisten membantu anda dapatkan kulit yang tampak lebih cerah, ianya juga melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasidan ini membantu mengurangkan kejadian jeragat

5. Vita E Complexjuga terkenal sebagai vitamin awet muda sebab ianya dapat membantu keseimbangan hormon dandapat mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Justeru itu penting untuk mereka yang bermasalah kulit berminyak dan berjeragat

6. Energizing Soy Protein (ESP)sangat penting dalam penghasilan sel baru dan secara langsung mengurangkan kesan kulit matidan kekerapan kejadian jeragat. Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sukar dihilangkan. Akan tetapi insyaallah dengan mencukupkan kandungan protein dalam badan, dapatlah sel-sel baru dihasilkan sebelum kesan jeragat baru terjadi.

7. GLA Complexdapat melambatkan menopaus dan melegakan simpton menopaus  seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tona kulit yang sekata dan justeru kulit tampak lebih muda.

8. Collagen PowderKolagen adalah tisu penyambung yang membantu mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit (dan rambut, kuku, otot, tulang, sendi, mata, saluran darah dan sebagainya). Semakin meningkat usia kita, semakin lambat badan kita hasilkan kolagen, jadi kita boleh mengambil kolagen tambahan untuk mengekalkan dan “melambatkan” penuaan wajah.








2 comments:

  1. jerawat mmg nightmare kan..scary kalu byk2..pernah rasai dulu dan hrp xkan ada lg jerawat lps ni.^_^
    jemputla lwt blog husna ye supplimentcenter.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Husna for yur visit. Nnti saya singgah blog Husns jugak ye. :)

      Delete

Silalah beri comment anda. Sebarang pertanyaan mengenai produk dan order amatlah dialu-alukan. Terima kasih.