The bladder is a hollow organ in the pelvis that stores urine. The pressure created when the bladder fills with urine is what causes the urge to urinate. During urination, the urine travels from the bladder and out the body through the urethra.
In women, the front wall of the vagina supports the bladder. This wall can weaken or loosen with age. Significant bodily stress such aschildbirth can also damage this part of the vaginal wall. If it deteriorates enough, the bladder can prolapse, meaning it is no longer supported and descends into the vagina. This may trigger problems such as urinary difficulties, discomfort, and stress incontinence (urine leakage caused by sneezing, coughing, and exertion, for example).
Prolapsed bladders (also called cystoceles or fallen bladders) are separated into four grades based on how far the bladder droops into the vagina.
- Grade 1 (mild): Only a small portion of the bladder droops into the vagina.
- Grade 2 (moderate): The bladder droops enough to be able to reach the opening of the vagina.
- Grade 3 (severe): The bladder protrudes from the body through the vaginal opening.
- Grade 4 (complete): The entire bladder protrudes completely outside the vagina; usually associated with other forms of pelvic organ prolapse (uterine prolapse, rectocele, enterocele).
Prolapsed bladders are commonly associated with menopause. Prior tomenopause, women’s bodies create the hormone estrogen, which helps keep the muscles in and around the vagina strong. Women’s bodies stop creating as much estrogen after menopause, and those muscles tend to weaken as a result.
Causes of a Prolapsed Bladder
The following factors are commonly associated with causing a prolapsed bladder:
- Childbirth: This is the most common cause of a prolapsed bladder. The delivery process is stressful on the vaginal tissues and muscles, which support a woman’s bladder.
- Menopause: Estrogen, a hormone that helps maintain the strength and health of muscles in the vagina, is not produced after menopause.
- Straining: Lifting heavy objects, straining during bowel movements, having a long-term condition that involves coughing, or having long-term constipation may damage the muscles of the pelvic floor.
PUNDI KENCING TERGELINCIR
ORGAN ORGAN pelvis berubah dengan kematangan umur.
Ada wanita yang merasakan sesuatu yang turun di bahagian faraj, kadangkala dinyatakan sebagai sesuatu pemberat yang dirasai bergantungan di kawasan faraj, ada pula yang berasa sesuatu tekanan di bahagian bawah terutamanya dengan perubahan posisi dan semasa bersenam.
Ini mungkin petanda awal permasalahan struktur penyokongan organ-organ reproduksi wanita. Tanda-tanda ini dirasai selepas melahirkan anak dan lebih dirasakan apabila umur semakin matang.
Diharapkan artikel ini dapat menjelaskan kepada puan-puan mengenai:
* Mengapa permasalahan sokongan di organ-organ tersebut berlaku
* Jenis-jenis masalah yang mungkin dialami
* Cara perawatannya.
Apakah organ-organ pelvis
Bahagian badan yang terlibat termasuklah salur kencing, pundi kencing, usus kecil, rektum, rahim dan faraj.
Ada tiga penyokong utama yang menghindarkan organ-organ pelvis ini dari tergelincir (prolapse)
1. Lapisan tisu penyokong yang dipanggil fascia endopelvis
2. Penebalan fascia endopelvis yang dipanggil ligamen
3. Kumpulan otot-otot yang berada di sisi organ-organ tersebut dan mempunyai bukaan untuk laluan salur kencing, faraj dan rektum.
Apabila tisu-tisu di atas diregangkan dan akhirnya rosak, organ-organ pelvis akan tergelincir dan akan menampakkan sesuatu di faraj dan sekiranya tisu-tisu penyokongan gagal, kegelinciran organ-organ pelvis akan kelihatan di faraj dengan lebih jelas.
Apakah penyebab-penyebab kegagalan sistem penyokongan tersebut?
Masalah utama yang dikenal pasti mungkin disebabkan oleh kekerapan mengandung dan melahirkan anak. Semasa bayi dilahirkan melalui faraj, berkemungkinan tisu-tisu sokongan meregang dan seterusnya mengalami kerosakan.
Walau bagaimanapun, kelemahan tisu penyokong ini juga boleh berlaku pada mereka yang tidak pernah mengalami proses kelahiran.
Persediaan wanita semasa dan selepas mengandung dari segi pemakanan dan bersenam boleh membantu mencegah kemungkinan berlakunya kelemahan tisu-tisu penyokongan ini.
Tanda-tanda
Simptom-simptomnya bergantung pada organ-organ yang terlibat. Antara yang lazim:
* Merasai sesuatu yang membesar dan membebankan pada bahagian faraj, mungkin juga menampakkan sesuatu yang kelihatan seakan-akan terkeluar melalui faraj
* Satu perasaan seperti ditarik-tarik dan juga ketidakselesaan di bahagian bawah abdomen dan pelvis
* Berlakunya kebocoran air kencing dan kesukaran mengawal kelakuan pembuangan air besar.
Kebiasaannya simptom ini lebih-lebih dirasai apabila puan berdiri dengan waktu yang agak lama dan juga mungkin diburukkan lagi dengan batuk-batuk, mengangkat objek yang berat dan semasa meneran.
Pada kes-kes yang serius, organ-organ pelvis ini tergelincir dan turun ke bahagian vagina dan terkeluar dari faraj, menyebabkan organ tersebut kelihatan dengan jelas.
Mereka yang mengalaminya terpaksa menolak ke dalam organ tersebut supaya proses pembuangan air kecil dan juga air besar boleh berlaku dengan lancar.
Seandainya organ-organ yang kelihatan terkeluar melalui faraj dan gagal untuk disematkan kembali, organ-organ tersebut boleh tercedera dan akan mengalami ulser. Jangkitan kuman boleh berlaku dan memudaratkan lagi situasi.
Jenis-jenis masalah yang timbul akibat kelemahan tisu-tisu penyokongan
Ia bergantung kepada organ-organ yang terlibat:
* Sistosil; apabila pundi kencing tergelincir akibat dari kelemahan sistem tisu sokongan
* Kegelinciran faraj bersama enterosil; melibatkan faraj dan usus kecil
* Rectosil; apabila rektum iaitu hujung usus di mana najis dikeluarkan melalui dubur, mengalami kegelinciran
* Kegelinciran rahim; rahim terkeluar ke bawah melalui faraj.
* Sistosil
Berlaku apabila pundi kencing jatuh ke bahagian faraj dari kedudukan asalnya. Apabila puan batuk, bersin, mengangkat objek berat ataupun berjalan-jalan, air kencing terkeluar dengan tidak terkawal.
Sekiranya kegelinciran pundi kencing jauh ke dalam faraj, puan mungkin terpaksa menolak ke atas pundi ini supaya pembuangan air kecil dapat dilakukan.
Ada juga yang gagal menyebabkan jumlah air kencing masih banyak tertinggal di pundi dan akhirnya boleh menyebabkan infeksi pundi kencing.
Aktiviti sosial harian mungkin terbantut dan puan terpaksa memakai lampin dewasa untuk mengelakkan dari diketahui orang lain.
Walau apa pun simptom yang dialami, segeralah berjumpa dengan doktor untuk perawatan selanjutnya.
* Kegelinciran faraj bersama enterosil
Kadangkala selepas pembedahan histerektomi (rahim dibuang disebabkan berpenyakit), bahagian atas faraj kehilangan tisu-tisu penyokongan dan lambat-laun tergelincir jatuh. Ini dinamakan kegelinciran faraj.
Seandainya kegelinciran tersebut berlaku sepenuhnya dan serius, puan mungkin mengalami masalah dalam fungsi pundi kencing dan sistem usus.
Biasanya wanita yang mengalami kegelinciran faraj juga mengalami enterosil (di mana usus kecil akan tergelincir di dalam faraj).
Kejatuhan usus kecil melalui faraj akan jelas kelihatan semasa pemeriksaan secara berdiri.
* Rektosil
Apabila bahagian dinding belakang faraj menjadi lemah, rektum akan tergelincir menerusinya dan terus kelihatan di dalam faraj semasa pemeriksaan. Akibatnya proses pembuangan air besar menjadi sukar. Sembelit mungkin berlaku.
* Kegelinciran (prolaps) rahim/rahim jatuh
Apabila tisu-tisu penyokong rahim menjadi lemah, rahim akan tergelincir ke bawah dan akan melalui kawasan faraj.
Pangkal rahim akan jelas kelihatan. Hubungan fizikal seksual mungkin terganggu. Kebiasaannya, kegelinciran rahim berlangsung bersama-sama dengan organ-organ lain.
Diagnosis
Pemeriksaan secara teliti kenapa kegelinciran organ-organ pelvis berlaku perlu dijalankan supaya perawatan boleh diberikan.
Ini disebabkan simptom-simptom yang disebutkan tadi, boleh juga berpunca daripada gejala penyakit sakit puan yang lain.
Sejarah perubatan dan pemeriksaan menyeluruh akan dijalankan oleh doktor, termasuklah pemeriksaan faraj dan rektum. Penilaian fungsi pundi kencing juga akan dijalankan.
Puan mungkin disuruh meneran supaya kegelinciran menjadi lebih jelas untuk pemeriksaan lanjutan.
Rawatan
Kaedah perawatan juga melibatkan modifikasi gaya hidup iaitu banyak bersenam, perubahan pada makanan harian, mengekalkan berat badan pada aras ideal, tidak merokok dan elakkan dari kegiatan yang melibatkan meneran berterusan serta mengangkat objek yang terlalu berat.
Sekiranya puan tidak boleh menjalani pembedahan untuk membaiki kegelinciran, sejenis cecincin boleh digunakan untuk mengurangkan kegelinciran organ-organ dan seterusnya dapat sedikit sebanyak membaik pulih fungsi pembuangan air kecil dan besar.
Senaman khas
Pakar fisioterapi akan membantu puan dalam menjalankan senaman khas KEGEL melibatkan senaman pada otot-otot di bahagian pelvis. Ada banyak jenis senaman yang akan diajar oleh fisioterapis, bergantung jenis-jenis kegelinciran.
Pemakanan
Dinasihatkan pengurangan makanan dan minuman yang berkafeina kerana ia boleh mendorong kekerapan puan ke bilik air untuk pembuangan air kecil.
Tambahkan makanan berserat tinggi yang boleh membantu fungsi usus dan mencegah sembelit.
Ubat-ubatan
Ada pelbagai ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk merawat petanda gejala fungsi pembuangan air kecil serta sistem usus.
Ubat yang boleh mengubah konsistensi najis mungkin digunakan supaya pembuangan air besar menjadi lawas. Perawatan gantian hormon juga mungkin digunakan.
Cecincin faraj
Ia didatangkan dengan saiz berbeza-beza. Pemeriksaan faraj dilakukan untuk menentukan saiz yang optimum.
Apabila cecincin digunakan secara berkala, ia mestilah dibersihkan. Ini bertujuan mengelakkan objek asing di dalam faraj mengeluarkan discaj/lelehan yang berbau dan juga mungkin boleh menyebabkan luka pada dinding faraj.
Cecincin juga dipreskripsikan sekiranya puan tidak boleh didedahkan kepada perawatan secara pembedahan, mungkin kerana penyakit perubatan semasa atau pun bahagian faraj dan organ-organ lain yang tergelincir mengalami kecederaan disebabkan oleh pendedahan yang kronik.
Puan dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk berbincang mengenai tatacara dan kaedah pembedahan yang terbaik khas untuk kes puan.

No comments:
Post a Comment
Silalah beri comment anda. Sebarang pertanyaan mengenai produk dan order amatlah dialu-alukan. Terima kasih.