A slipped disc – known as a prolapsed or herniated disc – occurs when one of the discs that sit between the bones of the spine (the vertebrae) is damaged and presses on the nerves.
This can cause back pain and neck pain, as well as symptoms such as numbness, a tingling sensation, or weakness in other areas of the body.
The sciatic nerve is often affected in cases of slipped disc. It is the longest nerve in the body and runs from the back of the pelvis, through the buttocks and down both legs to the feet.
If pressure is placed on the sciatic nerve (sciatica), it can cause mild to severe pain in the leg, hip or buttocks.
Read more about the symptoms of a slipped disc.
The spine
The spine consists of 24 individual bones called vertebrae that are stacked on top of each other.
In between each vertebra there are protective circular pads of cartilage (connective tissue) called discs, which have a tough, fibrous case that contains a softer gel-like substance. The discs help maintain your back's flexibility and wide range of movement.
The spinal cord is highly sensitive and passes through the middle of the vertebral column. It contains nerve cells and bundles of nerve fibres that connect all parts of the body to the brain.
What causes a slipped disc?
A slipped disc occurs when the outer case of the disc splits, resulting in the gel inside bulging out of the disc.
The damaged disc can put pressure on the whole spinal cord or on a single nerve root (where a nerve leaves the spinal cord).
This means a slipped disc can cause pain both in the area of the protruding disc and in the area of the body controlled by the nerve that the disc is pressing on.
It is not always clear what causes a disc to break down, although age is a common factor in many cases. As you get older, your spinal discs start to lose their water content, making them less flexible and more likely to rupture.
Smoking also plays a role as it causes the discs to lose their natural flexibility.
It's important to note not all slipped discs cause symptoms such as pain, weakness or tingling. Many people will go their whole life and not know they have a slipped disc, even though they have one.
Causes of a slipped disc
A slipped disc occurs when the circle of connective tissue surrounding the disc breaks down. This allows the soft, gel-like part of the disc to swell and protrude out.
It is not always clear what causes the connective tissue to break down. However, slipped discs are often the result of increasing age.
As you get older, your spinal discs start to lose their water content. This makes them less flexible and more likely to split.
There are a number of other factors that can put increased pressure and strain on your spine. These include:
- bending awkwardly
- jobs that involve heavy or awkward lifting
- jobs that involve lots of sitting, particularly driving
- smoking
- being overweight or obese
- weightbearing sports, such as weightlifting
- a traumatic injury to your back, such as a fall or car accident
Situations such as these can weaken the disc tissue and can sometimes lead to a slipped disc.
Petikan dari akhbar utusan
SETIAP daripada kita pasti pernah mengalami sakit belakang terutama di bahagian pinggang.
Biasanya ia disebabkan duduk terlalu lama, posisi tidur tidak betul, mengangkat beban atau melakukan aktiviti lasak.
Sakit dengan rasa tidak selesa untuk beberapa hari, mungkin tidak terlalu serius. Namun andai berlarutan hingga melebihi enam minggu diikuti rasa sengal dan kebas di seluruh bahagian kaki, anda harus segera berjumpa doktor.
Anda mungkin mengalami disc tergelincir di bahagian tulang belakang.
Perunding Pembedahan Ortopedik Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Lim Heng Hing berkata, masalah sakit belakang terutama melibatkan disc tergelincir berlaku pada 60 hingga 80 peratus penduduk dunia sekali dalam seumur hidup.
Sakit belakang terbahagi kepada dua jenis iaitu jika melibatkan belakang sahaja dipanggil spondylosis.
Namun jika berasa sakit hingga ke paha dan betis seperti rasa kebas serta sengal, ia petanda anda mengalami disc tergelincir, katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Bagaimana disc tergelincir berlaku?
Menurut Dr. Lim, disc tergelincir adalah masalah kecederaan pada tulang lembut (disc) yang juga dikenali sebagai disc intervertebral. Dalam istilah perubatan ia disebut spinal disc herniated/ prolapsed.
Disc intervertebral boleh diumpamakan sekeping tulang lembut di antara tulang vertebra. Ia terdiri daripada satu tisu yang kuat (annulus fibrosus) di mana di dalamnya terkandung sejenis bahan yang lembut (nucleus polposus), ujar beliau.
Jelasnya, kecederaan pada disc intervertebral menyebabkan kerosakan pada annulus fibrosus. Akibatnya, ia menjadi bengkak dan seringkali juga pecah pada disc intervertebral.
Bengkak yang berlaku akan menekan urat saraf di belakangnya. Keadaan menjadi lebih serius apabila ia pecah menyebabkan isinya atau nucleus polposus (mengandungi bahan inflammatori) keluar dan menekan urat saraf.
Ini menyebabkan sakit belakang yang teramat sangat yang akan merebak turun ke kaki. Pesakit juga akan berasa kebas dan lemah kaki.
Kerana itu kaedah rawatan biasa yang diberi kebanyakan doktor dengan cara pengambilan ubat antiinflammatori bagi melawan bahan yang terkandung dalam nucleus pulposus.
Cuba bayangkan disc ini seperti tayar kereta yang membantu menyerap hentakan menjadikan kita tidak berasa sakit ketika lompat atau terhentak, katanya.
Secara umum katanya, tulang mempunyai 26 disc dari tengkuk hingga ke pinggang, iaitu 12 pada bahagian torak atau dada, tujuh pada tengkuk dan lima di tulang lumbar atau tulang belakang pada bahagian pinggang.
Disc tergelincir boleh juga berlaku di bahagian lain seperti leher namun yang paling biasa adalah pinggang.
Penyakit ini tergolong dalam kumpulan degenaratif iaitu melibatkan faktor usia. Semakin meningkat usia, satu demi satu lapisan akan bergerak dan bercerai lalu berlakulah masalah disc tergelincir andai tidak dijaga dengan betul, katanya.
Bergantung pada bila ia berlaku, misalnya ketika berusia 20 tahun ke bawah, maka proses penyembuhannya cepat kerana ia diganti dengan yang baru.
Menghuraikan lebih lanjut, Dr. Lim berkata, badan manusia mempunyai proses penyembuhan semula jadi tanpa bantuan sebarang rawatan.
Cukup dengan berehat dan tidak melakukan aktiviti lasak, badan dengan sendirinya akan sembuh perlahan-lahan.
Bagaimanapun, semakin meningkat usia seseorang, semakin rendah proses penyembuhan semula jadi berlaku.
Di kalangan mereka yang berusia 30 hingga 40 tahun, disc tergelincir dianggap gangguan yang biasa berlaku.
Selepas usia 40, disc menjadi lebih keras kerana kehilangan air dan kurang kenyal (senang pecah). Namun, pokok pangkalnya jelas Dr. Lim, ia bergantung kepada bagaimana kita menjaga pergerakan fizikal dengan mengikut posisi sewajarnya bagi mengelak disc tergelincir.
Perlu diingat disc tergelincir mengambil masa yang panjang untuk terjadi. Pergerakan yang tidak dikawal terutama ketika duduk, baring, bersandar, mengambil dan mengangkat barang menyumbang kepada masalah ini untuk jangka masa yang panjang, katanya.
Rawatan terkini
Bergantung kepada tahap kecederaan jelas Dr. Lim, jenis rawatan untuk pesakit berbeza.
Ia bermula dengan rehat secukupnya bagi melegakan tekanan untuk kecederaan ringan dan membolehkan disc melalui proses penyembuhan semula jadi. Biasanya mengambil masa lebih kurang enam minggu.
Pesakit juga boleh mengambil tiga jenis ubat bagi melegakan kesakitan ringan, antibiotik dan ubat penenang.
Dalam satu kajian yang pernah dijalankan, lebih 70 peratus pesakit pulih selepas 12 minggu tanpa menjalani pembedahan, ujar beliau.
Menjalani rawatan fisioterapi adalah satu cara yang berkesan. Namun seandainya rawatan di atas tidak berjaya, pesakit perlu menjalani pembedahan yang sesuai bagi merawat masalah mereka.
Mungkin ada yang bertanya, mengapa terdapat pesakit masih mengalami kesakitan walaupun selepas dibedah?
Kata Dr. Lim. Ini disebabkan rawatan yang tidak betul diberikan kepada mereka. Paling utama adalah merawat bahagian disc yang koyak supaya bahan jeli yang menyebabkan saraf berasa sakit tidak mengalir keluar dan menekan saraf.
Antara rawatan pembedahan yang biasa digunakan:
l Pembedahan invasif minimal Intra Discal Electro Thermal (IDET) dengan cara mengecilkan kawasan benjolan pada disc menggunakan tenaga haba.
l Nucleoplasty untuk kecederaan tidak begitu serius. Menggunakan sejenis bahan seperti jarum panjang dimasukkan ke bahagian tulang belakang (tempat masalah), doktor akan membuang lebihan tisu pada disc menggunakan tenaga radiofrekuensi. Kaedah ini hanya mengambil masa kira-kira 60 minit atau kurang. Namun nucleoplasty tidak boleh dilakukan andai disc terlalu sempit atau tulang belakang tidak stabil dan berada pada kedudukan sewajarnya.
Rawatan terkini PercuDyn.
Secara klinikal, bahan ini berkebolehan merawat disc tergelincir dengan mengurangkan pergerakan tambahan dan tekanan antara disc di kawasan yang dirawat tanpa menyebabkan kesan degeneratif jangka panjang. Ia seakan satu skru berputar yang boleh dipasang pada semua paras tulang lumbar termasuk L5-S1.
Nasihat Dr. Lim:
l Masalah disc tergelincir kebanyakan berpunca daripada kecuaian sendiri yang tidak mengambil berat tentang postur badan dan cara pergerakan.
l Masalah yang berpunca daripada kemalangan juga boleh diatasi secara perlahan-lahan dengan tidak membebankan lagi pergerakan di bahagian tersebut.
l Ahli sukan seperti pemain golf dan tenis lebih cenderung mendapat disc tergelincir andai tidak menggunakan pergerakan yang betul. Misalnya ketika melakukan hayunan, bahagian yang perlu berputar adalah pinggul bukannya pinggang.
l Senaman regangan perlu dilakukan secara perlahan-lahan. Jika dilakukan dengan kasar, sedikit demi sedikit bahagian disc akan tercedera.
l Senaman dan bersukan mengikut cara yang betul membantu menguatkan tulang.
l Beri peluang badan untuk sembuh secara semula jadi.
l Tilam berjenama mahal yang dikatakan mampu melegakan sakit belakang belum tentu berkesan. Secara asasnya, tilam tersebut memadai berkeadaan baik dan tidak menyebabkan badan kita tenggelam ketika baring di atasnya.
l Pengambilan kalsium melalui suplemen dan makanan tidak menjamin mencegah disc tergelincir. Ia membantu mencegah osteoporosis (ketumpatan tulang merosot).
l Rawatan alternatif seperti akupuntur hanya membantu mengurangkan rasa sakit kerana ia menghalang aktiviti saraf. Namun, pesakit boleh mencuba terutama jika melibatkan kecederaan gred ringan.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0509&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm#ixzz3YMGZqYFz
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Silalah beri comment anda. Sebarang pertanyaan mengenai produk dan order amatlah dialu-alukan. Terima kasih.